|
Sejarah Penubuhan Yayasan Tabung Bakti |
|
|
|
TABUNG BAKTI ialah tabung adik-beradik yang dikumpulkan bersama dan dinamakan “TABUNG BAKTI ”. Ahli-ahli pada peringkat awal adalah seramai 5 keluarga, semuanya anak dan menantu Tok Ayah ( Hassan bin Yaacob) dan Tok Wan ( Minah binti Samat ).
Bayaran diterima dari tiap-tiap keluarga sebanyak 25 sen sahaja tiap seorang, kalau 1 keluarga ada 5 orang bermakna bayaran dikenakan sebanyak RM 2.50 sebulan. ( mengikut jumlah keluarga )
Wang dikumpulkan untuk tujuan berikut :- - Bantuan bersalin kepada keluarga yang bersalin.
- Bayaran peperiksaan anak-anak ahli , SPM ke atas.
- Sumbangan kepada keluarga yang meninggal.
- Lain-lain bantuan yang difikirkan perlu.
Ahli keluarga yang pada peringkat awalmya seramai 5 keluarga telah bertambah kepada 31 keluarga ( jumlah terakhir ). |